Khas untuk penggemar baca novel...
Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku
selalu utus surat kat die yg kat
kampong..Satu pon x berbalas..
2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin
abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa
dia..Sepanjang perkahwinan aku..Aku x
tenang..
Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami
aku
balik kampong..Aku nak bersihkan rumah
pusaka mak dan ayah.. Semasa membersih
rumah usang tu..Aku tersapu surat yang
aku
kirimkan pada abangku 2 tahun yang
lalu..Sebelum aku menikah…suratnya
macam
ni..
“Khas buat abangku,
Abg, ko ingat lagi x..
Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah
5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang
eksiden sebab nak beli kek befday aku
sebab
aku baling semua perhiasan kat umah kite,
sampai mak terpaksa pegi beli ngan
ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada satu
bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak
air
keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah
kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu..
Sebelum pegi, diorang cium kita berdua.
Diorang cakap
“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis.
Kalo
mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat
sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali
biar die sorang-sorang “
Ko ingat x..
Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari
sekolah, ko belikan aku pengikat rambut
warna biru, sebab ko ske warna biru
kan..Tapi aku campak kat longkang
belakang
umah kite, Sebab aku suke warna pink.
Lepas
kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat
aku
lagi..Sampai sekarang..
Abg, ko ingat x..
Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah
lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi
malam malam baru ko balik dan xpernah
cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk
ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok
aku
nampak ayam2 yg makan.Ko x penah ucap
terima kasih kat aku.
Abg, ko ingat x..
Pernah sekali aku mintak duit nak pegi
sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku
amik Dua riggit dalam poket jeans
ko..Masa
balik sekolah, ko lempang aku sampai
mulut
aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik
pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu
dah elok..
Abg, ko ingat x..
Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku
kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko
cakap
ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x
datang amik aku..Berpuluh surat aku
titipkan
bersama airmata aku pada kau..Kenapa
tiada sebarang balasan..Kenapa abg??
Sekarang umur aku dah mencecah 26
tahun,
dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah
pon disunting orang..Ketika hajat untuk
menikah aku sampaikan surat lagi pada
engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x
cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali
aku..
Abg,
Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada
aku..Ada apa sebenarnya yg sedang
berlaku..
Salam sayang,
Adik.”
Aku mula terasa yg teringin nak selongkar
rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang
sangat..
Masa aku buka balik almari aku yang buruk
yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu
kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik
serta sampul2 surat..
Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang
cantik sangat…dan aku buka…
“Assalamualaikum..
Kehadapan adikku yang jauh di mata ..
Maafkan abg kerana tidak membalas satu
pon surat yang engkau kirimkan..Kerana
aku
tidak berdaya sayang..
Aku masih ingat detik kemalangan mak dan
ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan
rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan
di
situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau
tidak perasan..Yang pecah itu adalah
sebuah
balang ikan emas yg telah aku, ayah dan
mak
belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih
berhutang dengan apek yg jual ikan tu di
pekan..
Adikku sayang..
Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku
beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya
kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau
pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau
dah campakkan pengikat rambaut tu..Aku
dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku
letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah
kita..Nanti kau ambil ya..
Adikku sayang..
Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah
tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau
pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah
kedua
orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup
melihat tangisan engkau bila aku
ucapkannya..Aku harap kau mengerti..
Adikku sayang..
Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila
malam saja..Kerana aku bekerja di
pekan..Mengangkat guni2 untuk letak
dalam
lori..Untuk menyara engkau..Untuk
membeli
buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju
engkau dan semua persiapan kau..Kerana
masa itu,..Kau sangat terkenal dengan
kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku
harus
sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau
tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari
kerana aku takut jika engkau dicerca
kerana
abangmu yg kelihatan seperti pengemis
ini..
Adikku sayang,
siapa cakap yg aku tidak menjamah
masakan
kau..Aku akan makan masakan itu sebelum
subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk
siang hari, dan aku makan semasa engkau
tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera
dan
kasar semasa basuh pinggan dan matamu
tidak bengkak kerana menemani aku
makan..
Adikku sayang,
aku malu untuk ucapkan terima
kasih..Kerana engkau banyak berkorban
untukku..Kau menyediakan makanku dan
segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk
membayar semuanya?? Jika aku ucapkan
terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir
hayatku..Kerana terima kasihku untukmu
adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa
hidupku..
Adikku sayang,
Maafkan aku kerana aku
memukulmu..Tahu
kah kau mencuri dan mengambil barang
tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak
sanggup untuk mengherdik kau lalu aku
putuskan untuk memberi pengajaran yg
akan
kau ingat sampai bila-bila..Betu
lkan..selepas
kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil
barang orang lain sesuka hati kan?? Itu
tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana
aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau
aku berhempas pulas menyapu minyak
dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?
Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan
menggilingnya sehingga batu lesung itu
turut menggiling tangan aku..Sakit yang
amat
sangat..Tapi aku tetap teruskan dan
Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan
minyak dan ubat itu sebelum kau
bangun..Aku tidak mau bengkak itu
mencacatkan wajahmu yang cantik itu..
Adikku sayang..
Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan
kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar
kau kerana aku jatuh sakit ketika
itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja
kontrak di tempat pembinaan
menyebabkan
aku sangat terdedah pada debu dan
simen..Aku terjatuh semasa kerja dan
dikejarkan ke hospital..Doktor
mengesahkan
aku menghidapi barah peparu dimana
badan
ku tidak berupaya untuk memikul barang
yg
berat, serta pernafasan aku sudah tak
selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk
batuk, sesak nafas dan pandanganku yg
makin kabur..Aku terpaksa dirawat
dihospital
walaupon doktor menjangkakan aku xkan
bertahan lama..
Sayangku..
Aku titipkan surat ni di rumah pusaka,
ketika
ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti
engkau pulang ke rumah kita..Bacalah
semua
surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku
belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun
dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat
sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..
Adikku sayang..
Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku
sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di
sini ada beberapa perkara yang ingin aku
katakan..
Untuk menyapu rumah kita ketika aku
pulang
dengan pakaian dan kotor serta debu,
TERIMA KASIH.
Untuk mengelap setiap barang yg aku
sentuh
supaya sentiasa bersih dan tiada kuman,
TERIMA KASIH.
Untuk membasuh pakaianku yg busuk
dengan peluh ku, TERIMA KASIH.
Untuk melemparkan senyuman dan
salaman
ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH.
Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau
sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.
Untuk mengingatiku dan menulis surat yg
tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.
Untuk menjadi adik yang sangat aku
sayangi,
TERIMA KASIH.
Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka
mahupon duka, TERIMA KASIH.
Adikku sayang..
sekiranya engkau disunting seseorang..Biar
kan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku
mungkin sudah tiada..
Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku
mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau
ingkarinya..
Salam sayang sedalam-dalamnya,
Abang.”
Di rumah pusaka itu..Aku termenung
bersama jernihan airmata yg
mengalir..Lanta
s..Aku buka satu persatu hadiah yang
dikatakan..
Semuanya berwarna pink..Dan semuanya
di
tulis nama aku dengan tulisan yg sangat
indah..Ya Allah…Aku meraung sambil
menatap hadiah itu..
Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan
semulia abangku..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan